pe khabar semua kengkawan..kalau korang semua bosan..Layarilah blog aku ni..gerenti muntah he4.asal aku cakap muntah,kalau korang nak thu..cepat sementara stok masih ada he4
BEKALAN KU
Thursday, February 18, 2010
BAGAIMANAKAH CARA MENAJAMKAN IMAGINASI?
.jpg)
BAGALMANAKAH HENDAK MENAJAMKAM IMAGINANSI ANDA..??????SUMBER INI SAYA PETIK DARIPADA
http://motivasikejayaan.com/2010/01/imaginasi-2-tips-asas-untuk-menajamkan-imaginasi/.
KATA-KATANYA BANYAK MEMBERI SAYA CARA MENYELESAIKAN TENTANG PENAJAMAN IMAGINASI SAYA,SO SAYA RASA BAIK SAYA KONGSI NAGAN KAWAN BAGAIMANAKAH CARANYA...SAYA NI BUKA JENIS YANG KEDEKUT ILMU HUHU HA4
Imaginasi adalah bayangan minda.
Setiap orang ada cara tersendiri ketika berimaginasi. Ada yang suka membayangkan gambar pegun, membayangkan sesuatu peristiwa seperti wayang gambar atau dalam bentuk video. Ada juga orang suka berimaginasi dalam bentuk pergerakan animasi – macam cerita katun yang kita selalu tengok kat tv.
Jika Anda sedang mencari-cari cara cemana nak menajamkan imaginasi, berikut adalah dua cara yang saya cadangkan untuk Anda:
1. Bayangkan selalu kehidupan Anda di masa hadapan seperti satu cerita. Membayangkan sesuatu dalam bentuk video bergerak dengan penuh minat adalah teknik untuk melatih menajamkan imaginasi. Anda akan jadi terbiasa mengimajinasikan sesuatu hingga mampu memasukkan elemen bunyi, sentuhan, rasa, emosi dan suasana persekitarannya ketika itu.
Anda akan mampu merasai respon dari kelima-lima deria Anda, sedangkan itu hanya di dalam imaginasi Anda sahaja. Syaratnya, imaginasikan sejelas mungkin, bayangkan betul-betul, seolah-olah ia sedang berlaku. Ginilah caranya untuk kita melatih minda kita berimaginasi.
Lebih jelas bayangan imaginasi Anda, lebih cepat matlamat Anda direalisasikan sebab minda separa sedar Anda akan faham sepenuhnya apa yang Anda mahukan. Iamginasi adalah cara untuk kita mempengaruhi minda separa sedar kita lalu memanfaatkan kuasanya untuk menenukan kita dengan apa saja yang kita mahukan, termasuk mencapai kejayaan.
2. Lihat sesuatu benda seolah-olah benda tu pandai ‘transfrom’ sendiri atau Anda mengubahnya kepada bentuk lain. Untuk selalu berlatih teknik ni, minda Anda kena jadi sedikit kebudak-budakan supaya senang menjadi kreatif dan inovatif.
Bebudak adalah golongan manusia yang tinggi imaginasinya sebab mereka suka membayangkan sesuatu ketika sedang bermain. Remaja dan golongan dewasa tak berapa suka membayangkan sesuatu yang bersifat kebudak-budakan sebab emosi mereka lebih banyak mengarah kepada keseriusan, no fun at all.
Sebagai permulaan, hampirkan diri Anda dengan kanak-kanak. Luangkan sedikit masa bermain dengan mereka. Hepikan diri melihat telatah mereka. Kesannya Anda akan mudah berimaginasi sebab minda Anda ‘terjangkit’ gelombang minda kanak-kanak yang Anda hampiri. Imaginasi Anda akan menjadi semakin tajam, makin jelas.
Jika anda tak berapa suka berdampingan dengan kanak-kanak, baca banyak buku fantasi, novel fantasi atau banyakkan menonton filem sains fiksyen sebab kebanyakan daripada media hiburan jenis tu terhasil daripada imaginasi. Lebih kerap Anda menontoh filem-filem sebegini atau kerap membaca buku-buku cerita fiksyen dalam bentuk sebegini, imaginasi Anda akan menjadi semakin tajam. Anda akan cepat membayangkan sesuatu.
Kebanyakan orang, imaginasi mereka tumpul sebab minda mereka lebih mengarah kepada keseriusan. Mereka kurang suka berimaginasi, sebab lebih suka sesuatu yang realistik dan ‘tangible’. Jika Anda nak membina imaginasi cemerlang Anda kena keluar dari sikap camtu. Tinggalkan.
Harapan saya, moga 2 tips tadi dapat menjadi panduan buat Anda dalam usaha membina imaginasi.
APAKH ITU KUNCI KEJAYAAN..
ASSALAMUALAIKUM SEKALI LAGI.hari ini saya ingin memberithu kepda semua apakh itu kunci kejayan.Ramai orang sering bertanya kepada saya, apakah kunci kejayaan? Apakah kunci yang membuka kepada kejayaan saya? Jika saya tahu kunci yang satu ini, pasti lebih mudah jalan saya menuju kejayaan. Sering juga saya berfikir, apakah jawapan yang pasti perlu saya beri kepada anda. Bagi setiap manusia, kunci kejayaan adalah berbeza :) Namun begitu, saya sempat menggariskan 4 perkara di bawah ini sebagai antara anak kunci terpenting yang membawa anda kepada kejayaan.
1. Kaji dan ketahui matlamat/idea anda. Jika anda tidak mengetahui apa yang anda mahukan maka ia bermakna anda tidak ada hala tuju. Matlamat/idea akan menjadikan perjalanan anda berarah. Bayangkan sahaja anda bangun pagi, bersiap-siap dan masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan kemudian anda tidak tahu pun anda mahu ke mana. Sekadar berpusing-pusing keliling kota tanpa mengetahui mahu ke mana adalah satu pembaziran masa bukan? Bukan sahaja masa terbazir, duit juga terbazir kerana perlu mengisi minyak kereta! Dengan mengetahui matlamat anda, perjalanan hidup anda akan berarah. :)
2.Buat perancangan/strategi. Jika anda tidak merancang strategi anda, mana mungkin anda boleh mencapai kejayaan anda. Para pelari pecut balapan 100meter pun berlatih setiap hari untuk memastikan mereka dapat memecahkan rekod (matlamat). Ada strategi yang di ambil kira, termasuk kekerapan latihan, teknik larian, pemakanan dan pengurusan emosi. Kita? Matlamat kita? Jika matlamat anda mahu berkahwin tahun ini, maka anda perlu merancang segala perjalanan majlis dan menguruskan perbelanjaan bukan? Kerana jika tidak, mana mungkin anda dapat mengadakan sebuah majlis perkahwinan? Semuanya perlu perancangan :)
3. Jangkakan kejayaan. Ini berkait rapat dengan kemahuan anda untuk berjaya. Pengurusan kepercayaan diri sendiri. Jangan sekali-sekali sabotaj diri sendiri. Anda sudah ada matlamat, anda sudah ada plan. Tapi anda tak berapa yakin plan ada menjadi. Anda gusar jika anda gagal. Di sini ramai orang berhenti. Ya, berhenti dari meneruskan usaha mereka. Hanya kerana ragu-ragu. Anda perlu yakin dengan usaha anda. Dan ingat, jika apa yang anda mahukan itu terbaik untuk anda, maka doa anda akan di makbulkan tidak kira cepat atau lambat. Tapi jika ia terjadi seperti sebaliknya, percayalah ALLAH Maha Mengetahui. ALLAH tahu ada yang lebih baik dari apa yang anda rancangkan itu. :) Hidup ini indah sebenarnya.
4. Just Do It. Selepas anda memperbaiki kepercayaan diri anda sendiri. Kini adalah masa untuk bertindak dan melakukan mengikut rancangan anda. Lakukannya! Ramai orang meninggalkan langkah terakhir ini. Kenapa? Mereka takut. Ia juga berkait rapat dengan pengurusan sistem kepercayaan diri tadi (3). Jika anda takut dengan langkah pertama, mana mungkin ada langkah kedua.
Saya suka mengambil contoh yang zahir dalam kehidupan kita semua. Jika seorang lelaki tidak berani melamar seorang gadis pujaannya untuk di jadikan isteri (berkahwin), sudah tentulah sampai bila tidak ke mana-mana. Malahan jika nasib anda tidak baik, tentulah berputih mata! Sedar-sedar, si gadis sudah di sunting orang lain ;)
Sudah pasti ada orang tersenyum membaca contoh mudah ini. Saya pasti. Nah, jika anda memahami konsep ini, kenapa pula tidak gunakan konsep ini dalam kejayaan anda? Dalam matlamat anda? Jika tidak ada langkah pertama, macam mana pula nak ada langkah kedua? Mustahil bukan? Jadi, jangan berlengah lagi. Lakukannya!

Subscribe to:
Posts (Atom)